PERUTUSAN PENGARAH


EN HAMBALI AHMAD

PENGARAH KKTM PASIR MAS


Salam Sejahtera,

" Selamat datang ke Laman Web Rasmi KKTM Pasir Mas "

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SAW di atas kejayaan KKTM Pasir Mas mengadakan Laman Web Rasmi KKTM Pasir Mas yang mesra pengguna dan padat dengan maklumat berkaitan dengan info pengajian yang ditawarkan KKTM Pasir Mas khususnya dan MARA secara amnya.

Pembinaan laman web Laman Web Rasmi KKTM Pasir Mas ini bertujuan menyediakan tapak menyebarkan ilmu dan maklumat dengan lebih pantas melalui internet. Adalah diharapkan dengan adanya Laman Web Rasmi KKTM Pasir Mas ini dapat memberi berbagai kemudahan kepada pengguna, khususnya kepada warga pelajar dan juga masyarakat Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran di peringkat diploma dan pendidikan kemahiran di samping memberi informasi kepada pengguna, aplikasi dalam talian, aduan pelanggan dan pautan-pautan yang berguna untuk semua.

Kepada semua kakitangan pentadbiran, akademik serta pelajar KKTM Pasir Mas, saya menyeru marilah kita bersama – sama menguatkan azam, tekad dan iltizam untuk menjadikan KKTM Pasir Mas sebagai institusi kemahiran tinggi terkemuka dan berwibawa. Saya juga menyeru kepada anda semua di luar sana untuk turut serta menyertai dan merasai pengalaman pendidikan bersama kami di sini.

Kepada semua pengunjung laman web ini, diharapkan dapat memberikan cadangan dan pandangan membina agar laman web dapat dikemaskini dengan lebih baik. Selamat melayari Laman Web Rasmi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas.

Wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
"CEMERLANG GEMILANG TERBILANG "


PENGARAH
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS (KKTM PASIR MAS)
KELANTAN