PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL WARGA KERJA

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS (PEKASA)


KETERANGAN LOGO

Logo Persatuan berbentuk empat segi dan terdapat perkataan PEKASA dalam tulisan jawi dan rumi serta tercatat juga tulisan KKTM PM sebagai ringkasan kepada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, Kelantan.

PENGERTIAN LOGO / LAMBANG

  • Latarbelakang Logo Persatuan berwarna kuning melambangkan hasrat Persatuan yang inginkan kecemerlangan.
  • Warna coklat adalah melambangan pengalaman dan kesungguhan usaha untuk mencapai kecemerlangan.
  • Warna jingga melambangkan keceriaan ahli dan semangat kerjasama.
  • Petak empat segi melambangkan keceriaan ahli Persatuan dari segenap penjuru.
  • Tulisan jawi digunakan sebagai lambang teras pergerakan Persatuan yang tidak akan mengabaikan budaya dan nilai-nilai murni.
  • Tulisan rumi juga digunakan sebagai lambang Persatuan tidak akan lupa untuk menggunakan segala kemudahan untuk membawa Persatuan kepada kemajuan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

JAWATANKUASA PEKASA
2014 - 2016

YANG DIPERTUA
Zainuddin Bin Haji Mahmood

TIMBALAN YANG DIPERTUA
Wan Zaiti Hastuti Bt Wan Zahari

SETIAUSAHA
Mariana Bt Suhaimi

BENDAHARI
Norsila Nasyrah Bt Baharuddin

WAKIL PENTADBIRAN
Mohd Muzam`mi Bin Yahya

WAKIL KURSUS ELEKTRIK
Ibrahim Bin Mamat

WAKIL KURSUS ELEKTRONIK
Norhidayah Bt Mamat

WAKIL KURSUS MEKANIKAL
Mariam Bt Abdul Aziz

WAKIL KURSUS SENIBINA
Muhammad Siddiqi Bin Jamaluddin

WAKIL KURSUS BANGUNAN
Wan Zaline Bt Wan Hassan@Wan Abd. Rahman

WAKIL JABATAN PENGAJIAN AM
Cik Munirah Bt Mat Jusoh

 

PENGENALAN

Persatuan Kebajikan dan Sosial Warga Kerja KKTM Pasir Mas (PEKASA) telah ditubuhkan pada tahun 2000 iaitu setelah tertubuhnya IKM Pasir Mas (Sekarang dikenali sebagai KKTM Pasir Mas). Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 25 April 2007.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan menyemai semangat kerja berpasukan untuk semua peringkat warga kerja KKTM Pasir Mas.
  2. Menyemai sifat tolong menolong di antara satu sama lain dalam urusan kebajikan, kemalangan dan lain-lain yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
  3. Untuk melaksanakan perkara yang mendatangkan manfaat kepada warga kerja KKTM Pasir Mas.
  4. Melaksanakan aktiviti keusahawanan di dalam dan di luar negeri yang boleh meningkatkan ekonomi persatuan untuk dimanfaatkan oleh warga kerja KKTM Pasir Mas.
  5. Menganjurkan kursus dan latihan yang bermanfaat kepada ahli dan masyarakat di dalam dan di luar negeri.
  6. Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan untuk menjalankan tujuan-tujuan Persatuan.
  1. Borang Keahlian PEKASA