LOGO KKTM PASIR MAS

 

RASIONAL & KETERANGAN LOGO


  • Logo berbentuk elips yang menggambarkan sebuah pusat latihan di bawah MARA yang dikenali sebagai 'Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)'.
  • Separuh ‘Gear Merah’ pada logo membawa erti 'Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)' merupakan sebuah pusat latihan teknikal disamping terdapat simbolik buku dan jangka lukis juga menggambarkan pengajian teknikal dan akademik di peringkat tinggi.
  • Simbolik 3 buah buku bertindih pada logo menggambarkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dapat melahirkan graduan berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, berdisplin dan berdaya saing yang bukan sahaja memberi sumbangan kepada kemajuan insan dan perkembangan ilmu bahkan juga kepada pembinaan negara.
  • Simbolik Jangka Lukis bergabung membentuk gabungan huruf ‘M’ dan seperti percikan api ditengah logo membawa erti ‘Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)' adalah pusat latihan teknikal yang cemerlang bertaraf dunia dalam bidang diploma teknologi, selaras dengan wawasan untuk menjadikan KKTM sebagai pusat latihan dan pendidikan yang terunggul.