KKTM Pasir Mas

 

 

 

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Ianya dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari Bandar Pasir Mas. Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000. Institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas) ditukar kepada nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan menawarkan program Diploma MARA sepenuhnya mulai sesi Julai 2004. Dengan pengstrukturan baru ini jawatan Pengetua telah dinaiktaraf ke jawatan Pengarah dan jawatan Penolong Pengetua ke jawatan Timbalan Pengarah. Dua jawatan Timbalan Pengarah diwujudkan iaitu Hal Ehwal Akademik & Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar.

Organisasi KKTM Pasir Mas dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar yang terdiri daripada staf pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) yang terdiri daripada pensyarah teknikal, pensyarah bukan teknikal dan Pegawai Unit Peperiksaan. Bahagian Hal Ehwal Akademik merangkumi Jabatan Pengajian Am, Unit Peperiksaan dan Persijilan serta lima kursus iaitu Kursus Teknologi Elektrik, Kursus Teknologi Elektronik, Kursus Teknologi Senibina, Kursus Teknologi Mekanikal dan Kursus Teknologi Bangunan.

HUBUNGI KAMI
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas,
17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim.

 Tel : +609-791 7558 / +609-791 6558
  Fax : +609-791 7552
  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, 
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, 
Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
 Tel : +60 3 2613 4258
 Fax : +60 3 2691 4510
 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
PAUTAN UMUM
PORTAL MARA
PORTAL MARANET
PORTAL KPLB
PORTAL GMI
PORTAL GIATMARA
PORTAL UNIKL
eADUAN
FAQ
 
PAUTAN KAMPUS

Portal e-kemahiran

Facebook KKTM Pasir Mas
 
PAUTAN STAF
EMAIL Microsoft
MARANET

BCOS BKT

Aplikasi HRMIS (EGNet - (Internet Explorer)
Aplikasi HRMIS2 (Internet Explorer)
Sistem goTNA
e-Penyata Gaji

Klinik Panel MARA

MUAT TURUN