Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu menyediakan kemudahan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan semua. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
-
Kolej kediaman - menyediakan penempatan bagi pelajar lelaki dan perempuan.
-
Surau - kemudahan surau yang berdekatan dengan blok akademik.
- Perpustakaan - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku, kemudahan internet dan bahan bacaan.
- WiFi - menyediakan prasarana jaringan jalur lebar yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran.
-
Koperasi - menjual barang-barang keperluan terutamanya alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan.
- Kafeteria (4 buah Kiosk) - menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman kepada pelajar - pelajar.
- Kemudahan sukan - 1 padang bola sepak, 1 gelanggang tennis, 2 gelanggang takraw , 1 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola jaring, 4 gelanggang badminton, petanque dan lain - lain
- Kemudahan gymnasium
- Pengangkutan - 1 buah bas, 1 van di KKTM Pasir Mas disediakan untuk kemudahan semua.