
Kursus ini para pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik dan proses-proses pembuatan, sifat-sifat bahan dan berupaya menghasilkan Lukisan Kejuruteraan secara manual ataupun berbantu komputer dan mampu merekabentuk sistem dan kemudahan M&E, gas dan minyak mengikut kod amalan piawai
Pengetahuan dan latihan meliputi :
Menghasilkan lukisan kejuruteraan secara manual atau berbantukan komputer (AutoCAD)
Memahami proses asas memesin, tuangan dan pembentukan dan kimpalan
Berpengetahuan dalam melukis proses sistem pepaipan dan mendedahkan pelatih kepada pembelajaran teknologi instrumentasi dalam bidang oil & gas berdasarkan piawaian ANSI, API, ISA dan ASME code of practice
Berpengetahuan dalam rekabentuk asas terhadap komponen masin, vessel tekanan dalam sistem pepaipan minyak dan gas
Berpengetahuan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerja serta asas pengurusan
Pendedahan kepada pengurusan dan keusahawanan