DIPLOMA SENIBINA


DIPLOMA SENIBINA /
DIPLOMA IN ARCHITECTURAL 
  • Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Senibina. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari adalah meliputi :
     
    • Subjek Umum
      • Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Kemahiran Komputer,Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri


      •  
    • Subjek Teknikal
      • Penggunaan bahan-bahan asas senibina seperti kayu, konkrit, logam / keluli, bukan logam dan bahan kemasan serta lain-lain melalui pendedahan dalam bengkel dan lawatan ke tapak binaan

      • Memahami dan mengetahui teknik pembinaan kerja-kerja binaan bangunan

      • Asas kemudahan bangunan seperti kegunaan dan pemasangan alatan senitasi serta penekanana kepada punca bekalan air dan kuasa elektrik yang mana keutamaan diberi kepada teori dan lakaran diagram skimatik

      • Memahami dan berkemahiran melukis Lukisan Perisian Senibina Komponen Binaan Bangunan secara manual dan berbantu computer (AutoCAD) dan rumah kediaman dua tingkat

      • Memberi pengetahuan mengenai sejarah awal senibina landskap dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai perkembangan senibina serta displin rekabentuk yang berkaitan dengannya

      • Memahami dan berupaya mengendalikan keja-kerja grafik senibina, perkara-perkara yang berkaitan dengan senibina dan menyelia kerja-kerja di tapak serta mengetahui teknik kerja ukur
3 Tahun
Pengiktirafan Program :
Keperluan Asas
	  
  1. Bumiputera
  2. Berumur di antara 18 hingga 40 tahun

Keperluan SPM

  1. SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
  2. Lulus Bahasa Inggeris
  3. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN di dalam Pendidikan Seni atau Lukisan tidak termasuk Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri) ATAU Lepasan Program Sijil Kejuruteraan / Teknologi yang berkaitan dari institut Kemahiran MARA(IKM) dengan minima GPA 2.0 DAN Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM.