DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK ( DOMESTIK & INDUSTRI)


DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (Domestik & Industri) /
DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (Domestic & Industry) 
  • Dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai Elektrik PW4 (Pendawai Sekatan 3 fasa). Kursus ini menawarkan pembelajaran & latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi :
     
    • Sains kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kemahiran Komputer, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri

    • Memahami dan berupaya menghasilkan Lukisan Kejuruteraan Elektrik secara manual dan berbantu computer (AutoCAD)

    • Membuat kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa

    • Pengenalan kepada litar-litar elektrik asas, penggunaan teori untuk menganalisa litar-litar elektrik dan konsep ubahtika

    • Pengenalan prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital

    • Memberi kefahaman mengenai perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik

    • Berpengetahuan dalam akta dan peraturan bekalan elektrik

    • Membaikpulih kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik seperti mesin basuh,penghawa dingin, peti ais, dapur elektrik, kipas angin dan sebagainya

    • Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas

    • Berpengetahuan dalam pemasangan sistem Photovoltaik (PV Solar) bagi pepasangan domestik & Industri


    •  
3 Tahun
Pengiktirafan Program :
Keperluan Asas
	  
  1. Bumiputera
  2. Berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  3. Sihat tubuh badan
  4. Warganegara Malaysia

Keperluan Lulusan SPM

  1. SPM dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknikal / Vokasional
  2. Lulus Bahasa Inggeris

Keperluan Lulusan IKM

1. Lulus Sijil Kejuruteraan IKM/Teknologi Kejuruteraan IKM/Teknologi IKM Atau Setara dengan CGPA >2.00

2. Kepujian Bahasa Melayu Peringkat SPM