DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK ( KUASA )


DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) /
DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (POWER) 
  • Dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa). Kursus ini menawarkan pembelajaran & latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi :
     
    • Sains kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kemahiran Komputer, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri

    • Memahami dan berupaya menghasilkan Lukisan Kejuruteraan Elektrik secara manual dan berbantu computer (AutoCAD)

    • Membuat kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa

    • Pengenalan kepada litar-litar elektrik asas, penggunaan teori untuk menganalisa litar-litar elektrik dan konsep ubahtika

    • Pengenalan prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital

    • Memberi kefahaman mengenai perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik

    • Berpengetahuan dalam akta dan peraturan bekalan elektrik

    • Membaikpulih kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik seperti mesin basuh,penghawa dingin, peti ais, dapur elektrik, kipas angin dan sebagainya

    • Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas


    •  
3½ Tahun
Pengiktirafan Program :
Keperluan Asas
	  
  1. Bumiputera
  2. Berumur di antara 18 hingga 25 tahun

Keperluan SPM

  1. SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
  2. Lulus Bahasa Inggeris