DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN


DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN /
DIPLOMA IN BUILDING ENGINEERING TECHNOLOGY 
  • Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Awam ( Binaan Bangunan)
  • Pelatih berpeluang melakukan latihan amali dalam bidang binaan bangunan secara individu atau berkumpulan dengan bimbingan pengajar yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang bangunan. Pembelajaran dan latihan amali meliputi kerja-kerja konkrit, bata, acuan, tetulang, kekemasan, pembinaan sistem peparitan , kerja-kerja ukur dan ujian bahan binaan disamping teori yang berkaitan.
  • Pengetahuan dan latihan yang dipelajari adalah meliputi :

    • Subjek Umum
      Sains Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri

    • Subjek Teknikal
      • Mengenal dan memahami bahan binaan yang digunakan dalam sektor pembinaan

      • Berkebolehan menyediakan dan membuat kerja-kerja konkrit, kekemasan, pembinaan, sistem peparitan dan pembentungan yang baik dengan mematuhi peraturan kerja dan melakukan kerja-kerja penyeliaan di tapak

      • Memberi kefahaman dan kemahiran praktikal kepada pelatih mengenai konsep asas, teknik- teknik dan pengendalian kerja-kerja ukur binaan bangunan

      • Memberi kefahaman mengenai teori struktur dan perincian untuk lukisan civil dan struktur serta pengenalan rekabentuk konkrit bertetulang iaitu rekabentuk rasuk , tiang, asas, papak dan tangga

      • Memahami pelbagai kemudahan bangunan, prosedur kontrak dan taksiran serta pengurusan projek dan akta keselamatan di tempat kerja


      •  
3 Tahun
Pengiktirafan Program :
Keperluan Asas
	  
  1. Bumiputera
  2. Berumur di antara 18 hingga 25 tahun

Keperluan SPM

  1. SPM / SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional
  2. Lulus Bahasa Inggeris